
Sulit
5 tahun
Kahak yang banyak dan sakit tekak
saya wanita berumur 23 tahun. saya perasan dari sy berumur 12 tahun lagi sy selalu mengeluarkan kahak yang banyak selepas memberus gigi atau berkumur-kumur. saya pernah berjumpa doktor tapi dr hanya memberitahu sy untuk banyakkan minum air sahaja. selepas itu sy xpernah lg berjumpa mana-mana dr. kadang sy okey xda masalah tapi kebelakangan ni saya rasa makin menjadi-jadi dan sy rasa xselesa sbb sy kena ulang alik ke bilik air utk membuang kahak. dan sekarang ni tekak sy terasa pedih seakan ada benda yang menyangkut kat situ. sangat tak selesa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tekak kering akibat persekitaran dingin seperti bilik berhawa dingin
- Kurang minum air
- Mengambil minuman sperti kopi, teh dan alkohol
- Merokok
- Pengambilan ubat tertentu
- Terdedah kepada habuk atau allergen
- Jangkitan kuman
- Radang tekak
- Makan makanan pedas, berlemak atau berminyak
- Lendiran dari rongga hidung yang turun ke tekak “post nasal drip”
Untuk merawat masalah kahak, terdapat pelbagai cara. Antaranya:
Udara lembap- menggunakan “humidifier” atau pelembap udara
Kekalkan tahap hidrasi- Minum air secukupnya, terutamanya air suam. Anda juga boleh mencuba minum jus atau makan sup ayam. Pilihan air yang baik termasuklah teh tanpa kafein dan jus buah suam atau air lemon.
Ambil bahan yang membantu memulihkan sistem pernafasan- mengandungi limau, halia, dan bawang putih.
Berkumur dengan air garam- mencairkan kahak yang melekat pada belakang tekak. Ia juga boleh membunuh kuman dan melegakan sakit tekak
Ubatan yang efektif:
Dekongestan- Mengurangkan lendir yang mengalir dari hidung anda. Lendir ini bukannya kahak, tetapi ia boleh menyebabkan kesesakan dada. Dekongestan berfungsi dengan mengurangkan bengkak pada hidung dan membuka saluran udara anda.
Expectorant - seperti guaifenesin yang mencairkan kahak dan jenis ubat ini dipanggil ‘expectorant’, yang bermaksud ia membantu untuk mengeluarkan kahak dengan menipiskan dan melonggarkannya. Terdapat versi kanak-kanak untuk yang berusia 4 tahun ke atas.
Ubat sapuan- seperti Vicks VapoRub, mengandungi minyak kayu putih untuk mengurangkan batuk dan berpotensi menghilangkan mukus. Anda boleh menggosoknya pada dada dan leher tiga kali sehari
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui rawatan yang tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.