rashidahazis
6 tahun
Kaitan jaundis dengan kumpulan darah
Saya ingin mengetahui lebih lanjut kaitan antara kumpulan darah ibu dengan jaundis pada bayi. Saya berdarah O +ve dan bayi lelaki saya juga O +ve.
4 tahun lepas saya juga mengalami masalah yang sama untuk anak ke-3 di mana bayi lelaki saya perlu menjalani rawatan phototerapy.
Adakah kumpulan darah kami yang sama menjadi faktor utama menyumbang kepada NNJ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Punca punca neonatal jaundice adalah:
- Jaundice fisiologi
- Ketidak serasian kumpulan darah antara ibu dan anak. (Bila ibu mempunyai Rhesus negative atau kumpulan darah ‘O’)
- Kekurangan G6PD pada bayi.
- Jangkitan kuman pada bayi.
- Hipotiroid
Oleh kerana kumpulan darah anda sama dengan anak anda, maka ia bukan punca neonatal jaundice.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




































