
Sulit
4 tahun
Kaitan sakit belakang dengan sejarah pernah jatuh terduduk
Hi doctor, saya wanita berumur 27tahun, dan mempunyai 3orang anak…saya kerap sakit pada bahagian belakang, saya tak boleh berdiri terlalu lama dan tak boleh duduk terlalu lama…bila baring, sukar untuk saya menukar posisi tidur kerana terasa sakit apabila bergerak…adakah sakit belakang saya kerana kesan saya pernah tergelincir dan jatuh terduduk semasa berumur 17tahun?sewaktu jatuh tu, saya pitam dalam beberapa saat dan tak dapat bergerak dalam beberapa minit…saya tak ke hospital waktu tu kerana berada di asrama dan mengejar waktu untuk peperiksaan…jadi, adakah sakit belakang saya ada kaitan dengan sejarah saya jatuh 10tahun lepas?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit belakang. Untuk makluman anda, sejarah trauma atau jatuh terduduk yang pernah anda alami berkemungkinan menjadi antara faktor sakit belakang yang anda alami. Walaubagaimanapun, gejala sakit belakang juga boleh disebabkan:
- Ketegangan otot belakang
- Masalah cakera tulang belakang - seperti “Slipped disc”
- Jangkitan tulang belakang - seperti oleh tibi
- Masalah buah pinggang - seperti keradangan, batu karang, jangkitan kuman
Anda dinasihatkan untuk melakukan kunjungan ke doktor di klinik/hospital yang berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan seperti x-ray. Ha ini kerana untuk mengenal pasti punca sebenar masalah yang anda hadapi, pemeriksaan susulan dan maklumat lanjut adalah diperlukan.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Masih risau dengan sakit belakang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!