
Sulit
3 tahun
Kaki anak bengkok selepas patah
Assalam.anak saya yang berumur 1 tahun 7 bulan telah mengalami patah kaki akibat jatuh kerusi baru-baru ini.Semasa mendapatkan rawatan di hospital,doktor telah menyimen kaki anak saya selama 2 bulan.Namun setelah 2 bulan atau setelah tulangnya bercantum,saya mendapati tulang anak saya menjadi bengkok.Pada awalnya,doktor mengatakan kaki anak saya boleh remodelling dan kembali lurus dengan sendiri kerana dia masih bayi.Namun pada pertemuan saya dengan doktor baru-baru ini,mereka mengatakan kaki anak saya semakin bertambah kebengkok.Perkara ini amat membimbangkan saya.Adakah tulang anak saya perlu dioperation?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anak anda mengalami kecederaan pada kaki sehingga patah. Anda juga memaklumkan bahawa kaki anak anda telah disimen dan kini kaki anak anda bengkok. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kaki bengkok anak anda boleh dinamakan sebagai malunion. Seperti yang doktor anda memberitahu anda, kaki anak anda boleh kembali lurus memandangkan anak anda masih kecil. Namun, ada kalanya masalah ini boleh menyebabkan kaki membesar secara membengkok. Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui secara tepat mengenai masalah anak anda. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan pakar tulang.