
Sulit
4 tahun
Kaki bengkak dan gatal
Ayah saya berumur 65 tahun dan ke atas, ada masalah pada kabemgkak sebelah kanan bengkak dan gatal, ku pada bahagian tapak kaki hingga ke betis, kulit menjadi kering dan keras. Adakah ini gejala adema dan apakah rawatan yang diperlukan

4 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kaki yang bengkak didefinisikan sebagai bengkak di mana-mana bahagian kaki termasuk peha, betis, buku lali dan tapak kaki. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kaki yang bengkak.
Mekanisme utama untuk bengkak kaki terbahagi kepada dua, iaitu pengumpulan cecair atau cecair yang terperangkap dalam tisu kaki, dan radang dan kecederaan tisu di bahagian kaki.
Antara punca kedua-dua belah kaki yang bengkak ialah:
- Kelemahan hati atau heart failure
- Kegagalan buah pinggang atau chronic kidney failure
- Cirosis hati atau liver cirrhosis
- Nephrotic syndrome
- Saluran limfa yang tersumbat atau lymphedema
- Ubatan terutamanya ubatan darah tinggi
- Duduk atau berdiri terlalu lama
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.