
rosliharun.pi
5 tahun
Kaki bengkak sebelah kanan..pernah luka dan ada kencing manis
Adakah perubatan atau pil untuk susut bengkak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kulit Cellulitis
- Darah beku di saluran darah kaki kanan (Deep vein thrombosis)
- Jangkitan kuman pada sendi (Septic Arthritis)
- Kegagalan jantung, buah pinggang dan hati
Rawatan adalah berdasarkan punca kaki anda bengkak. Hal ini kerana, jika bengkak disebabkan jangkitan kuman, antibiotik perlu diberikan manakala jika disebabkan darah beku, ubat pencair darah diperlukan. Tidak semua jenis kaki bengkak boleh dirawat dengan ubat susut bengkak.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.