
mardiahainul2307
5 tahun
Kaki bergetar selepas berdiri lama
Saya pelajar berumur 21 tahun, pada minggu lepas saya menyertai satu gotong royong dan saya telah berdiri dalam keadaan bongkok pada jangka masa yang lama. Ini menyebabkan saya keletihan dan kelaparan. Adakah normal jika kaki sayA bergetar slps sy berdiri lama dan dlm masa yg sama sya kelaparan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah yang anda hadapi ini normal untuk berlaku. Ia boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kurang kandungan gula dalam darah (makan makanan sampingan untuk mengelakkan gejala yang anda hadapi)
- kurang kandungan darah merah
- berat badan berlebihan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.