
Sulit
5 tahun
Kaki berpeluh,hati berdebar2
Saya lelaki umo 36, kenapa tiba2 kaki sy berpeluh sejuk,tekak kering,hati berdebar2,sukar nak tidur,badan sengal2

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah peluh boleh disebabkan oleh:
- Cuaca yang panas
- Sejurus selepas bersenam
- Demam yang menyebabkan peluh
- Hiperhidrosis
Masalah kering tekak boleh disebabkan oleh:
- Kurang minum air
- Dehidrasi
- Jangkitan bakteria atau virus
Jantung berdebar boleh disebabkan oleh:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
- Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.