yayanurdaya08
3 tahun
Kaki dan tangan kebas dan berdenyut
Suami sy berumur 23 tahun . Setiap malam dia sering mengadu sakit pada bahgian betis kaki dia dan tangan belah kanan . Sakit berdenyut-denyut dan kebas . Apakah penyebab masalah ini doktor ? Apa yg perlu dilakukan ntuk rawatan ?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kebas betis dan tangan yang suami anda alami boleh disebabkan:
- Anaemia (kurang sel darah merah)
- Penyakit berkait saluran darah akibat merokok, darah tinggi atau diabetes
- Kekejangan otot akibat kurang vitamin B, potassium atau kalsium
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.