
Anonymous
4 tahun
Kaki dan tangan tiba tiba kebas
kebelakangan ini, saya selalu rasa kebas tangan dan kaki secara kerap … wlaupun bru dduk atau berjalan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak puan, tangan kebas dan kaki kebas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara contohnya tekanan, kecederaan atau irritasi pada saraf di bahagian tangan.
Antara punca berlakunya tangan kebas ialah seperti:
- Kekurangan Vitamin B12 dalam badan
- Kencing manis
- Sebarang kecederaan pada tulang belakang
- Kecederaan pada ‘brachial plexus’ ( ‘Brachial plexus’ merupakan cawangan saraf pada bahu, lengan serta tangan kita)
- ‘Carpal tunnel syndrome’. Ini merupakan sebuah masalah umum yang menimpa orang yang kerap menggunakan tangan serta jari mereka tanpa sebarang rehat.
- Strok
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.