
ismailmdariffin
5 tahun
Kaki gelembung kecil, kulat kaki dan ruam
- Saya lelaki 44 tahun. Masalah pertama saya, di bahagian tapak kaki dan di tepi tapak kaki ada gelembung kecil yang tumbuh. Ia tumbuh mulanya seperti terkena api dan terjadi gelembung. Apabila tumbuh dan ada air, saya akan cucuk supaya air bisa keluar dan kadangkala ia pecah sendiri. Bekas parut tersebut ada juga menjadi hitam tetapi ia tak luka dan tidak bernanah.
Jarang terasa sakit atau pedih. Hal ini berlarutan dalam 3 4 tahun lalu lagi. Saya andaikan saya tak boleh memakai kasut tetapi sebenarnya tidak selepas saya memakai sandal gelembung ini tetap tumbuh tanpa mengira waktu. Apa masalah saya sebenarnya doktor dan apakah ubat sesuai?
Di celah jari kelingking dan sebelahannya, ada kulat air dan saya pasti itu kulat air. Bermacam ubat dan krim saya guna tapi masih juga tak baik. Yang menghairankan saya, ia berlaku di jari kelingking sebelah kiri sahaja antara jari kelingking dan sebelahannya. Manakala kaki kanan dan jari jari kaki lain tiada masalah.
Badan saya di bahagian lengan, perut iaitu bawah pusat serta siku ada biji-biji kecil yang amat merimaskan. Ada yang mengatakan saya allergic. Ia seperti ruam tetapi yang pelik ruam tersebut akan berubah tempat. Contohnya bulan ini di dada dan bulan seterusnya di tepi pinggang dan sebagainya. Apa maslah ini doktor. Bantu saya.
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya dapati anda mempunyai beberapa masalah kulit. Namun begitu, maklumat yang diberikan adalah tidak mencukupi. Banyak soalan mengenai kesihatan anda harus ditanyakan. Selain itu, untuk masalah kulit terutamanya, adalah sangat penting untuk doktor melihat keadaan kulit tersebut sebelum diagnosis dapat diberikan.
Tambahan pula, masalah kulat air atau tinea pedis yang anda alami disarankan untuk berjumpa doktor sekiranya tidak sembuh selepas mencuba ubat farmasi. Untuk makluman anda ianya tidak semestinya berlaku simetri di dua-dua belah kaki sekaligus. Akan tetapi ia boleh merebak.
Kami tidak dapat untuk memberi jawapan yang dikehendaki. Oleh itu, anda amat disarankan untuk anda merujuk masalah ini kepada doktor agar rawatan yang sesuai dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.