Sulit
3 tahun
Kaki kebas, Bendalir asing keluar dari celah kang kang
Cerita lama saya cuma ingin tahu sebab gegala sudah tiada cuma di kaki saya masih sama. Bukan di celah kang kang.sekarang kaki saya kerap kebas dan gatal seperti merenyam saya ada check simptom, kencing manis agak sama. Untuk sekarang lah, tapi yang lama tu saya xtahu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kebas kaki.
Untuk makluman anda, kebas kaki boleh disebabkan banyak perkara daripada yang kurang serius kepada yang sangat serius. Namun setiap penyakit yang menyebabkan kebas kaki perlu di diagnos dengan lebih terperinci di klinik melalui persoalan lanjut dan pemeriksaan fizikal. Berikut merupakan antara sebabnya:
- Duduk yang lama boleh menyebabkan saraf terperangkap dan aliran darah kurang ke kaki, sekaligus menyebabkan kebas.
- Peripheral Artery Disease : terdapat plak yang tersumbat di dalam saluran darah di kaki menyebabkan saluran darah tidak lancar
- Diabetic Neuropathy : kerosakan saraf disebabkan oleh penyakit kencing manis
- Masalah saraf tulang belakang
Sekiranya ibu anda mengalami gejala lain seperti di bawah, sila berjumpa dengan doktor segera:
- Kebas yang berpanjangan
- Loya dan muntah
- Sakit kaki
- Hilang/gugur bulu di bahagian kaki
- Kekejangan
- Badan tidak boleh seimbang
- Penat dan lesu
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah kebas.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.