
Anonymous
4 tahun
Kaki kerap bengkak dan kebas
saya wanita dalam 33 tahun, sejak kebelakangan ini kaki saya kerap bengkak dan mudah kebas. berat saya 90 tinggi 160. sudah berkahwin dan ada 2 orang anak.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kaki bengkak dan kebas yang anda alami boleh disebabkan:
- Sindrom nefrotik - akibat badan kehilangan protein dalam badan secara berlebihan dan disebabkan oleh penyakit buah pinggang/hati/kencing manis/ SLE
- Trombosis saluran darah dalam kaki - darah beku pada saluran utama kaki
- Jangkitan kulit - sellulitis
- Limfa-edema - akibat cacing atau saluran limfa tersumbat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.