
Sulit
3 tahun
Kaki lenguh dan pening lepas termakan propranolol
Saya takda sakit apa saya termakan propranolol (beta bloker) tengah hari petang tu terus pening sampai dah sebulan rasa terhuyung hayang ,bila gerak kepala banyak rasa pening

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, antara kesan sampingan daripada ubat tersebut adalah:
- Pening
- Merasa letih
- Loya
- Dorongan seks berkurang
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Sembelit
Oleh itu, jika anda mengalami gejala-gejala yang saya sebutkan di atas, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor