
Sulit
4 tahun
Kaki ngilu dan sakit
Hye saya wanita berumur 27 tahun…saya ingin bertanya…kaki saya sering sakit,ngilu,mencucuk² dan kejang apabila udara/angin sejuk masuk ke dalam kaki saya apabila keadaan hujan,waktu pagi dan duduk di dalam aircond…kadang² saya rasa mengigil² dan automatik akan kena serangn demam…apakah penyakit saya hidapi kerana sudah lebih dua tahun saya kena…tq

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Ngilu dan sakit yang mencucuk yang dirasakan berpunca dari perubahan cuaca, boleh disebabkan oleh:
- gangguan saluran darah (baca: peripheral vascular disease)
- gangguan otot & saraf
- ataupun gangguan kulit
Namun sekiranya terdapat demam setelah itu,ia juga boleh melibatkan gangguan seperti:
- jangkitan bakteria atau virus
- gangguan autoimmune
- penyakit rematik
- penyakit endokrin atau metabolisme tubuh (i.e. kencing manis, komplikasi merokok, sindrom metabolik, dll) yang disertai jangkitan kuman
Jika ia menganggu aktiviti kehidupan seharian anda haruslah berjumpa doktor dalam waktu yang terdekat.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.