
illianaabdullah78
4 tahun
Kaki sakit sehingga sejuk satu badan dan demam
Suami saya berumur 45 tahun. Baru2 ini beliau telah dijangkiti demam tanpa batuk dan selsema. Setelah pulih seminggu, demam tersebut datang semula selepas beliau habis membersihkan rumah. Beliau telah mendapatkan rawatan, wbgmnpun, hanya dibekalkan ubat antivirus (doktor kesan beliau demam virus). Semenjak itu, beliau mudah penat, kaki sakit jika buat kerja wpun ringan dan sejuk menggigil. Setakat ini beliau bergantung kepada panadol, jika kesan panadol habis, maka rasa sejuk dari kaki akan datang semula terutama waktu malam. Adakah suami saya mengalami gejala penyakit merbahaya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan puan, maklumat yang anda berikan adalah tidak mencukupi untuk pihak kami membuat kesimpulan tentang masalah yang dihadapi oleh suami puan. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan agar punca masalah yang dihadapi dapat dikenal pasti dengan tepat dan rawatan yang betul dapat diberikan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.