
Anonymous
5 tahun
Kaki sejuk drpd normal
Saya wanita dlm 20an…suhu kaki dan tangan saya lebih sejuk drpd anggota badan yang lain…terutama pd waktu malam walaupun saya tidak mengunakan aircond…saya juga selalu ketar dan menggigil apabila minum minuman berais…adakah ini kerana alergik ataupun peredaran darah tidak lancar?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- berat badan rendah (kurang dari standar BMI normal)
- masalah hormon seperti tiroid
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.