Sulit
3 tahun
Kaki (tapak kaki kebas pada waktu malam )
Saya wanita berumur dalam 20 lebih kaki saya suka kebas bila malam dan susah nak tido kenapa yea? Dan cara nak atasinya saya dah letak minyak panas pn sama jgk
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kaki berasa kebas ini boleh disebabkan:
- Kekurangan nutrient seperti vitamin B, potassium atau kalsium
- Penyakit saluran darah sempit seperti Buerger’s Disease
- Penyakit darah beku
- Masalah saraf tulang belakang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.