
Sulit
4 tahun
Kalau nak kemana-mana mesti akan rasa berdebar,sakit perut dan rasa nak muntah
saya berumur 21 tahun, setiap kali saya ingin kemana mana terutama ketika ingin keluar rumah mesti akan rasa sakit perut,berdebar dan rasa nak muntah, benda ini akan rasa kuat lagi sekirannya saya pergi tempat yang tak biasa untuk melakukan perkara yang baru,benda ini dah lama berlaku.dan kadang kadang saya sebelum keluar rumah lagi dah rasa nak muntah, adakah ini penyakit mudah panik ataupun penyakit lain dan ada tak jalan penyelesaian kepada masalah ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Tekanan (depressi)
- kurang rehat
- Keresahan (anxiety)
- Fobia
- Masalah personaliti
- gangguan panik (panic disorder)
Untuk mengetahui punca masalah anda, maklumat lanjut daripada anda adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Setelah puncanya dikenalpasti, rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda.
Namun, sekiranya gejala yang anda hadapi semakin mengganggu fikiran dan aktivit anda seharian, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan. Rawatan yang mungkin dapat diberikan kepada anda adalah ubat-ubatan, psikoterapi dan terapi relaksasi. Hal ini mungkin dapat membantu anda mengatasi gejal tersebut.
Akan tetapi, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.