
Sulit
5 tahun
Kanak-kanak berumur 4 tahun kerap membuang air besar
saya seorang ibu berumur 25tahun… saya mempunyai seorang anak yg berumur 4 tahun… adakah normal bagi seorang kanak2 kerap membuang air besar sebanyak 3/4 kali dalam sehari?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, secara amnya, kekerapan membuang air besar dalam kanak-kanak boleh jadi 3 kali sehari sehingga 3 kali seminggu sahaja. Sekiranya, anak anda sebelum ini memang sering membuang air besar dengan kerap maka, ini mungkin bukan satu masalah yang perlu dirisaukan.
Sekiranya anak anda masih aktif, membesar dengan baik, berselera untuk makan dan minum, gejala ini mungkin bukan satu masalah. Akan tetapi sekiranya dia mengalami cirit birit, dihidrasi (bibir kering, mata cengkung, tidak mahu minum), pembesaran terbantut, anda disarankan untuk berjumpa doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.