
Sulit
4 tahun
Kanak kanak termakan ubat orang dewasa
Salam sejahtera dr. Anak saya (3 tahun) ada termakan sebiji ubat finasteride 5mg.tapi dia tak tunjuk sebarang side effect and saya dan bagi dia makan buah and minum susu. Tapi saya still takut, adakah ada risiko terhadap anak saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang kesihatan anak anda. Untuk makluman anda, memandangkan anak telah memakan sebiji pil, sekiranya terdapat kesan sampingan seperti muntah atau kesukaran menelan segeralah untuk dibawa ke doktor. Sukar untuk saya menentukan sebarang risiko terhadap anak anda kerana ianya bergantung kepada kesan sampingan yang mungkin berlaku.
Anda dinasihatkan untuk tidak panik. Cari semula bekas ubat berkenan untuk memudahkan ubat dikenal pasti daripada label yang tertulis. Bawa segera ke klinik/ hospital berdekatan dan anda tidak digalakkan memberi makan atau minum sesuatu sebelum mendapatkan arahan daripada pihak hospital. Kenalpasti dan bawa bersama, nama ubat berkenanan, anggaran jumlah ubat yang diambil oleh anak, anggaran masa ubat ditelan dan beritahu jika anak anda mengalami apa-apa tanda selepas termakan ubat tersebut.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Namun begitu,jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih