
Sulit
5 tahun
Kanak kanak tidur berdengkur
Saya Ada seorang anak berumur 5 tahun…dia tidur berdengkur …setiap Kali tidur pasti berdengkur.adakah normal untuk kanak2 5 tahun tidur berdengkur.sekian

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah berdengkur sewaktu tidur terjadi apabila terdapat sumbatan pada saluran pernafasan bahagian atas tanpa mengira usia. Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tonsil yang membesar
- Masalah hidung tersumbat
- masalah kelenjar adenoid membengkak
- Obesiti
- Masalah pembentukan tulang muka
- Hypothyroidism
- Acromegaly - masalah hormon pertumbuhan yang berlebihan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.