
Sulit
5 tahun
Kanak umur 5thn batuk dalam tempoh lama
dr nak tanye anak saya batuk berulang-ulang dr…kejap je baiklps tu dtg semula…
xde demam cuma batuk sahaja.
ubat ape yang perlu sy beri pdnya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
Rawatan adalah berdasarkan punca batuk yang anak anda alami. Jika anda mengambil ubat batuk di farmasi, kemungkinan ia hanya akan merawat gejala anak anda, namun masalah masih akan berterusan. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.