
muhdrafikbinarwin
2 tahun
Kancing gigi dan Kejang satu badan
Saya seorang isteri, saya nak bertanya tentang masalah suami saya. Pada suatu hari suami saya sedang membawa motor dan dia hampir nak sampai tempat untuk dia tuju dia perlahan dan secara tiba tiba satu penyakit seperti sawan/kejang serang suami saya dan suami saya terjatuh sambil kancing gigi dan air liur mengalir keluar, masalah ini sudah datang dua kali kali kedua semasa di rumah bersama saya pada waktu malam juga, saya harap sangat doktor dapat jawab dan bagi cara untuk pulihkan suami saya seperti sediakala, dua kali kena dalam masa dua bulan , terima kasih doktor .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, sawan adalah gangguan elektrik secara tiba-tiba dan tidak terkawal di dalam otak. Ia boleh menyebabkan :
- perubahan tingkah laku
- pergerakan atau perasaan dalam fasa sedar.
Sekiranya anda mengalami dua atau lebih kali sawan atau kecenderungan mengalami kejang berulang, ianya adalah penyakit epilepsi.
Rawatan untuk sawan sering melibatkan penggunaan ubat-ubatan anti-sawan. Terdapat beberapa pilihan untuk ubat-ubatan anti-sawan. Matlamatnya ialah untuk mencari ubat yang paling sesuai untuk anda dan yang menyebabkan kesan sampingan yang paling sedikit. Dalam sesetengah kes, doktor mungkin akan mencadangkan lebih daripada satu ubat.
Sekiranya ubat-ubatan anti-kejang tidak berkesan, pembedahan mungkin menjadi pilihan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan phial kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.