
Sulit
5 tahun
Kandungan 26w + hyperthyroid + czer
Sy 33 yo . Suda melahirkan anak 4 org … 1 meninggal ketika usia 2 tahun setengah CP … no 4 keguguran usia 5 bulan …
2 normal 2 czer … last cZer bulan november 2018… skang sy pregnant blik … usia kandungan 26w . Mula2 nk teruskan tp sy xmampu la doc … sakit sgt kt bahagian jahitan dan terlalu sakit kt bahagian bawah dada kiri … sy ade hyperthyroid tp xterlalu tggi… tsh <0.010
Ft4 25.6… sy nk tya boleh x kalau sy xnk teruskan kandungan ni … ade risiko ke kalau sy nk buang…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat risiko kesihatan yang terdapat pada anda berdasarkan rekod kesihatan dan kehamilan anda. Anda perlu berbincang dengan doktor anda mengenai rawatan dan langkah-langkah yang boleh diambil mengenai kesakitan yang anda alami serta rawatan optimum hipertiroid anda. Hal ini kerana usia kandungan anda sudahpun mencecah 26 minggu dan berdasarkan risiko-risiko yang anda punyai, keputusan adalah baik dibincangkan bersama doktor pakar anda sekali. Sekian.