
Anonymous
5 tahun
Kandungan gula dalam badan ibu mengandung
Saya mengandung anak pertama… Umur 34tahun…bacaan gula drpd 4 ke 8.x… Adakah saya wajar di beri ubat kawal gula metformin tak silap nama label… Dan due beranak diawalkan 2minggu drpd asal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya bacaan gula anda naik ketika mengandung ianya perlu disahkan serta disiasat oleh doktor. Anda tidak dinasihatkan untuk mengambil ubat tanpa preskripsi doktor dahulu kerana dos serta jenis ubat adalah berbeza mengikut keperluan ibu yang mengandung. Tempoh untuk beranak juga akan berbeza mengikut status kesihatan anda serta kandungan anda dan ini memerlukan pemeriksaan dan “follow-up” oleh doktor diklinik mahupun dihospital.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.