
mohshin.gplm
4 tahun
Kandungan gula tinggi
Saya lelaki berumur 56tahun.Kandungan gula saya 13.Apakah ubat/penawar untuk mengurangkan kandungan gula terrsebut.Saya juga merasakan agak sukar dalam hubungan kelamin.Saya sudah mula tidak minum manis dan kurang makan nasi.Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya anda belum mempunyai diagnosis kencing manis, anda disarankan untuk membuat ujian pengesahan di klinik berhampiran anda. Masalah kencing manis ini adalah masalah seumur hidup yang tidak dijumpai lagi penawarnya. Ia boleh dikawal menggunakan ubat-ubatan, senaman dan pemakanan sihat. Kencing manis mempunyai pelbagai komplikasi seperti:
- Penyakit saluran darah jantung tersumbat
- Strok
- Kaki kebas dan sakit - boleh menyebabkan kaki dipotong
- Mati pucuk
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut agar rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.