
Sulit
4 tahun
Kandungan jarak dekat
Salam doktor . Saya sudah berkahwin setahun setengah dan telah dikurniakan anak berusia 7 bulan pada bulan ini. Saya telah membuat upt test dah telah hamil semula. Saya amat tertekan dan tidak tahu ingin memberitahu siapa tentang perkara ini . Anak saya masih kecil, saya sedang bekerja dan juga mengambil degree secara pjj . Suami akan ditamatkan kontrak kerja pada januari. Soalan saya ? Adakah hospital di malaysia membenarkan jika saya ingin menggugurkan kandungan ini ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang situasi yang dihadapi. Untuk pengetahuan puan, sejujurnya jika menurut konsensus umum, jarak kehamilan yang digalakkan adalah 2 tahun di antara kehamilan.
Saya sarankan puan untuk pergi ke klinik/hospital berdekatan dan membuat saringan untuk memastikan apakah benar terjadi kehamilan dan apakah terdapat risiko sekiranya kehamilan dilanjutkan. Berdasarkan SOP umum hospital di Malaysia, indikasi bagi menggugurkan kandungan termasuk:
- sekiranya kehamilan memudharatkan kesihatan si ibu
- sekiranya kehamilan memudharatkan kesihatan si bayi
- sekiranya bayi yang dilahirkan mempunyai kecacatan yang boleh menyebabakan kematian, dll.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.