
nurulfatehah171
5 tahun
Kandungan sy dh gugur or x
Sya pregnant 5bulan tapi kandungan sy xde rsa bergerak n perut x besar2…tapi bahagian bwh perut sakit sngt darah n tnda apa2 xde kluar…sy ad buat jgk pregnant test tapi naik 2 line…adakah kandungan sy msih ok or dh jatuh atau gugur?doktor perlu sy buat apa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, anda boleh memeriksakan kondisi kandungan anda dengan berkunjung ke doktor dan dilakukan pemeriksaan scan . Dari scan tersebut dapat dinilai usia kehamilan, berat janin serta denyut jantung janin untuk menilai apakah janin masih hidup ataupun tidak. Pemeriksaan UPT hanya untuk mendeteksi hormon kehamilan beta hCG. Walaupun terjadi keguguran, hormon ini masih akan ada dalam darah sehingga 2-3 minggu setelah keguguran. Justeru, pemeriksaan UPT sahaj tidak cukup untuk menentukan status janin anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.