
Sulit
5 tahun
Kanser Mulut dapat sembuh?
Hi, Adakah kanser mulut dapat sembuh jika dirawat pada peringkat awal?. tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Kanser mulut mempunyai beberapa jenis dari sudut anatomi dan patologinya. Pada umumnya, peluang untuk pulih ataupun merawat kanser pada peringkat pertama adalah tinggi namun ianya perlu dilihat dari segi saiz, penglibatan nod limfa dan sekiranya ia sudah merebak ke organ yang lain. Untuk mengetahui jenis dan tahap kanser mulut, siasatan rapi oleh pihak hospital diperlukan dan keputusan mengenai rawatan adalah berdasarkan jenis dan tahap kanser tersebut. Namun faktor lain juga memainkan peranan seperti faktor umur dan kesihatan dimana jika kanser tersebut masih diperingkat awal dan memerlukan pembedahan namun disebabkan oleh kedua-dua faktor yang disebutkan diatas, peluang untuk pulih mungkin tidak sama seperti populasi yang tidak mempunyai faktor-faktor tersebut. Oleh itu, jika anda inginkan maklumat tambahan mengenai prognosis kanser mulut, maklumat tambahan dari pihak anda juga diperlukan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.