
Anonymous
5 tahun
Kanser payudara tahap 4
Saya ingin bertanya dengan doktor mengenai kesihatan ibu saya…ibu saya penghidap kanser payudara tahap 4 dan telah jalani pembedahan pada tahun 2017. Kini kanser teesebut telah merebak semula sehingga paru-paru dan juga hati…saya ingin bertanya pada doktor…apakah rawatan lain selain kimoteraphy untuk penyakit ini dan sekarang ibu saya kerap sesak nafas kerana paru-paru sudah berair dan mengapa simptom ini boleh terjadi

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Saya bersimpati akan kesihatan ibu anda dan untuk menjawab soalan anda, paru-paru ibu mudah berair kerana apabila sel-sel kanser sudah merebak ke paru-paru, sistem imunisasi badan akan bertindak untuk melawan sel kanser tersebut dan menyebabkan keradangan. Keradangan pada paru-paru akan menyebabkan ia berair lalu sesak nafas (seolah-olah seperti tenggelam).
Rawatan kanser tahap 4 adalah memerlukan rawatan khusus oleh pihak hospital dan kebiasaannya melibatkan kimoterapi bagi memperlahankan sel kanser daripada terus merebak. Anda boleh berbincang dengan pakar onkologi ibu anda bagi kaedah rawatan yang bersesuaian serta rawatan mengurangkan kesakitan untuk ibu anda. Sekian.