
Sulit
4 tahun
Kantung bayi tidak kelihatan
Assalamualaikum,
Saya telah menjalani upt test dan disahkan positif hamil. Mengikut perkiraan hari pertama haid terakhir saya adalah 27 Julai 2020. Jadi, usia kandungan saya anggarkan 5 minggu. Bagaimanapun, kebelakangan ini, perut saya terasa seolah-olah panas dan saya merasa tidak selesa. Saya mengambil keputusan untuk rujuk kepada doktor dihospital. Hasil scan masih tidak nampak dan terpaksa scan dari bawah. Doktor menyatakan bahawa dalam kantung tidak kelihatan dengan jelas dan kantung tersangat lah kecil. Doktor meminta untuk saya datang lagi dua minggu untuk scan semula. Ia membuatkan saya semakin takut. Apakah keadaan ini normal atau saya sebenarnya telah kehilangan cahaya mata yang dinanti-nantikan selama ini? Mohon pencerahan.
Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang persoalan yang anda hadapi iaitu kantung janin kosong. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan kurang jelas bagi memberikan jawapan yang dikehendaki.Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan seperti umur anda dan aktiviti harian anda. Kantung kosong boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Janin tidak kelihatan jelas kerana tempoh anda hamil masih lagi awal.
- Tidak mengandung
- Keguguran
- Kerosakan mesin imbasan (jarang berlaku)
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link(DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.