Sulit
2 tahun
Kantung kosong apakah punca terjadi
Sy wanita lewat 20an da baru berkahwin awal bln 4 … Slps berkahwin dlm pertengahan bulan sy dtg haid 1kly da Slps drpd tu sehingga sekarang sy tdk didatangi had … Sy test upt naek 2 line sbb Ade tanda2 sy demam, loya … apbl kandungan cecah 12week sy ke klinik utk scan tp dokter sahkn xde baby cuma ada kantung shj … adakah sy keguguran ?? Tp xde tanda2 sy gugur pown … Mcm mana nk tggu kantung tu luruh sendiri ?? Kenapa kejadian mcm nie buley brlaku ?? Boleh x dokter jelaskn … Sy down sgt 1ary menangis kenangan dkt 3bln sy Dan suami igtkn Ade baby …
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda. Kami turut bersimpati dengan situasi yang anda sedang alami dan kami akan cuba membantu anda.
Masalah yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya :
- Terlalu awal dalam kehamilan (kantung belum terbentuk)
- Kehamilan di luar rahim
- Keguguran
- Masalah chromosome janin
- Kualiti sperma atau telur (ovum) yang kurang baik
Kantung boleh luruh sendiri selepas beberapa hari atau boleh diluruhkan dengan ubat atau prosedur cuci rahim. Anda boleh merujuk perkara ini kepada doktor supaya nasihat yang lanjut dapat diberikan. Kami berharap anda tabah menghadapi cabaran ini.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami supaya kami dapat membantu anda.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar ibu dan anak.