
Sulit
5 tahun
Kantung zakar bengkak
Saya berumur 20 thun , telur zakar saya sebelah kanan kadang2 terasa seperti salurannya bengkak…adakah punca memakai seluar ketat atau menahan air mani untuk pancut keluar … Soalan kedua , adakah bagus menahan air mani untuk pancut keluar? Tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdaarkan keterangan yang anda berikan, gejala kantung zakar membengkak boleh disebabkan:
- Alahan dermatitis - pada seluar dalam sebagai contoh
- Varikosele - apabila saluran darah vein membengkak
- Angin pasang atau hernia
- Hidrosele - apabila terdapat air dalam kantung zakar
- Kista (cyst) dalam kantung zakar
- Radang buah zakar - akibat jangkitan kuman
Bagi menjawab soalan kedua, menahan air mani adalah teknik untuk menahan lebih lama ketika bersetubuh namun ia boleh menyebabkan saluran sperma tersumbat dan menyebabkan jangkitan kuman atau keradangan jika kerap dilakukan. Selain itu, tekanan pada zakar ketika menahan air mani keluar juga boleh menyebabkan kecederaan pada saluran sperma. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.