
Sulit
4 tahun
Kapsul butae superba
Saya ada satu soalan…apakah kesan jika mengamalkan kapsul butae superba untuk mengekalkan kelakian?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, penggunaan herba kapsul Butae Superba tidak berapa diketahui namun ia dikatakan terlibat dengan peningkatan hormon lelaki iaitu testosterone. Kemungkinan pengambilan yang berlebih boleh menyebabkan masalah hormon testosterone yang berlebihan seperti :
- Pembesaran payu dara
- Kandungan sperma yang kurang
- Jerawat atau muka berminyak
- Ketumbuhan prostat
- Testis mengecil
- Air bertakung dalam badan.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Sila berjumpa dengan pakar anda sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah