Sulit
5 tahun
Kategori untuk covid19
Hi doktor. Kawan saya telah dikuarantin dan dikategorikan sebagai B dan saya dikategorikan sbgai C. For the 1st swab test keputusan telah menunjukkan she was -ve covid19. But for the 2nd swab she has been detected as a +ve covid19. So soalan saya, adakah saya berisiko untuk dijangkiti?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda, lebih-lebih lagi pada musim pandemik ini. Untuk pengetahuan anda, tidak kira kategori mana pun anda diletakkan oleh pegawai kesihatan, risiko untuk dijangkiti itu tetap ada. Tambahan pula, keputusan ujian pertama yang negatif tidak memberi jaminan anda bebas daripada jangkitan tersebut dan itulah antara sebab mengapa ujian kedua perlu dilakukan selepas beberapa hari.
Pada masa ini, kami sarankan anda untuk memantau diri anda dan dinasihatkan untuk menjaga kebersihan diri, mempraktikkan penjarakan sosial dan elakkan keluar dari rumah sekiranya tidak perlu.
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Jika terdapat sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. ( DoctorOnCall ). Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































