
Sulit
3 tahun
Kawan saya tny kalau pregnant blh mkn ubat uphamol 650 ke?
Sebab dia sakit badan sangkat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit badan ketika hamil dan ingin mengetahui jika anda boleh mengambil panadol 650mg (uphamol) untuk masalah ini. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, Panadol adalah dalam kelas ubat yang dikenali sebagai analgesik (ubat penahan sakit) dan antipyretics (pengurang demam). Ia berfungsi dengan mengubah cara deria sakit badan dan menyejukkan badan. Setakat ini, Panadol adalah antara ubat yang dikategorikan sebagai selamat untuk wanita hamil, jika diambil dalam dos yang terkawal.
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor sekiranya masalah ini berterusan kerana keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi lain jika tidak dirawat.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.