
Sulit
5 tahun
Kawasan di bahagian dagu gelap
Assalamualaikum/Salam sejahtera. A week ago, saya berkunjung di Korea di mana cuaca di sana agak sejuk. Kira kira 16 degree Celcius. Sepanjang di sana, saya memakai product Laneige (toner dan moisturiser) dan sunscreen. Tetapi saya perasan akan perubahan warna di sekitar dagu saya. Ia menjadi gelap dan ahli keluarga saya pun ada menegur. Sebelum ini saya ada je memakai product Laneige di Malaysia dan tiada apa2 yg berlaku di dagu saya. Things get worst bila saya balik ke Malaysia hari ahad kelmarin. Adakah product itu tidak sesuai dgn kulit muka saya atau perubahan cuaca yg menyebabkan ia berlaku? Untuk pengetahuan doktor, sebelum ini which is 2 years ago perkara yang sama juga berlaku pada dagu saya bila saya pakai cleanser dari HadaLabo. Saya stop for a month dan alhamdulillah ok. Dan sepanjang saya pakai product HadaLabo dan Laneige, hanya kawasan dagu sahaja yg mengalami discoloration. Mohon pencerahan dari doktor. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan pelbagai perkara:
- cuaca
- jenis produk
- kulit kering
- genetik
Anda disarankan untuk berhenti seketika menggunakan produk dan lihat jika ia berkesan. Namun, jika tiada perubahan berlaku, anda disaranka untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.