
abgadamq
5 tahun
Kayap pada bayi setahun 4 bulan
Saya ke klinik swasta tadi pagi dan mereka mengatakan anak saya dijangkiti scabies. Adakah ubat scaboma blh digunakan Pada bayi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Untuk makluman pihak anda, ubat untuk merawat scabies harus didapati melalui preskripsi doktor. Sekiranya doktor telah memeriksa dan mendapati anak anda mengalami jangkitan scabies, saya percaya dia juga telah memberi rawatan yang sesuai untuk anak anda.
Bukan itu sahaja, ahli keluarga terutamanya yang selalu bersentuh dengan pesakit juga harus mendapatkan rawatan. Cadar, baju, tuala yang digunakan oleh pesakit atau ahli keluarga yang digunakan 3 hari sebelum rawatan diberikan harus dicuci dengan air panas, dikeringkan dengan udara panas (hot dryer) atau dry cleaning atau simpan dalam plastik beg selepas dicuci selama 72 jam. Hal ini kerana hama tidak boleh hidup luar dari kulit manusia untuk lebih dari 2-3 hari
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui rawatan yang sesuai, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.