
Sulit
5 tahun
Ke klinik or stay at home only
Saya berunur 27 tahun. Kerja sebagai teller di money changer . Demam dalam suhu 37.5 dah 3 hari. Hari ni dah baik. Sometime ada rs sesak nafas. Tak batuk dan selesma. Tetapi dalam tekak rasa ada something melekat yang buat rasa tak selesa. Dah 3 hari. Hari ni mcm rasa nak sakit. Berkahak. Jad apa perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah demam dan sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tonsillitis
- Ketumbuhan dalam tekak
- Radang tekak
- Globus makanan
- Terdapat bahagian yang sempit pada laluan tekak “stricture”
Berdasarkan simptom anda, anda juga digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.