Sulit
5 tahun
Keadaan kesihatan yang tidak normal
Saya wanita berumur 35thn. Pekerja swasta.
Tidak keluar negara sejak 8 bulan lepas.
Tempat yg saya pergi sejak 2 minggu lepas adalah hospital, masjid, shopping complex tesco aeon etc. Selain itu saya ada menghadiri seminar Jabatan Alam Sekitar di Cinta Sayang Sungai petani pada 9 Mac 2020.
Namun keadaan kesihatan saya sekarang semakin hari semakin pelik.
Badan panas dan sentiasa berpeluh secara abnormal. Saya berpeluh walaupun tidur dengan kipas sentiasa berpusing. Saya tidak dapat tidur malam kerana badan terlalu panas.
Selesema dengan mukus. Tekak kering walaupun minum banyak air kosong.
Dada kadang kadang terasa susah bernafas (berlaku sejak semalam) macam ada sesuatu yang tersangkut dan berasa sakit pedih.
Apakah yang perlu saya lakukan. Adakah semua simptom saya ini berkemungkinan jangkitan COVID19.
Atau apakah saranan doktor untuk saya pantau?
Apakah yang perlu saya lakukan?
5 tahun
Salam sejahtera!
Terima kasih untuk soalan yang telah anda. Saya fahami tentang kebimbangan anda memandangkan wabak COVID19 sedang berleluasa.
Menurut WHO, gejala COVID adalah seperti berikut:
- demam (37.5 degree celcius)
- batuk
- sakit tekak
- sakit sendi
- kesukaran bernafas
- sakit kepala
Keperluan ujian saringan adalah bergantung kepada risiko anda. Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Sekiranya berisiko tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home
Walaubagaimanapun, penting untuk kita mengetahui masih terdapat masalah kesihatan lain yang boleh menyebabkan demam, sakit tekak, sesak nafas. Antaranya:
- jangkitan kuman/virus
- radang tonsil
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih sekali lagi. Saya berharap jawapan yang telah saya berikan boleh membantu anda.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































