Sulit

3 tahun

Kebaikan Dan keburukan soya kepada kesihatan lelaki

Salam doktor. nak tanya soya bahaya tak kepada kesihatan pembiakan lelaki?contoh produk esp shaklee. Tq

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan yang anda hadapi.

Soya mampu memberi banyak manfaat jika dilihat pada kandungan kalori, protein, karbohidrat, serat, lemak, zat besi, pelbagai jenis vitamin serta mineral yang tinggi di dalamnya. Antara manfaat yang mungkin dibawa bersama makanan ini termasuklah:

  • Merendahkan tahap kolesterol
  • Meningkatkan tahap kesuburan
  • Melambatkan simptom menopaus

Tetapi, soya juga dikatakan mungkin akan membawa kesan sampingan seperti:

  • Meningkatkan risiko kanser
  • Menjejaskan fungsi tiroid
  • Merosakkan sistem penghadaman

Namun perkara ini kekal sebagai kemungkinan yang belum pasti dan memerlukan kajian lanjutan daripada pakar.

Soya juga mengandungi isoflavones – sejenis sebatian yang bertindak seperti estrogen di mana sangat penting untuk fungsi tubuh badan wanita. Namun,sehingga kini, tidak ada kajian yang sah boleh menyatakan dengan yakin bahawa soya memberikan kesan kepada kesuburan. Hal ini dapat dibuktikan di mana negara pengeluar soya serta pengambilan soya yang tinggi dalam diet pemakanan mereka tidak mengurangkan kadar kelahiran berbanding negara lain yang tidak mengamalkan pemakanan menggunakan soya. Contohnya seperti penduduk India, Indonesia dan China yang mengambil soya sebagai minuman dan makan (taufu dan tempe).

Bagi lelaki yang tidak mempunyai masalah kesuburan, soya tidak akan mendatangkan kesan yang drastik seperti kemandulan.

Ketahuilah bahawa pengambilan makanan jenis ini tidak akan mengurangkan atau meningkatkan kadar testosteron dalam tubuh badan lelaki.

Ini telah dibuktikan menerusi dapatan kajian University of Minnesota dan Loma Linda University di Amerika Syarikat pada tahun 2010.

Tentang produk esp shaklee, ia adalah produk makanan tambahan dan bukannya ubat-ubatan. Oleh itu, sukar untuk saya mengupas lebih lanjut mengenainya. Hal ini kerana ia berlainan dengan ubat, makanan tambahan tidak ada kajian yang mendalam menganainya. Namun, kebiasaannya kesan makanan tambahan begini hanya melalui testimoni dari pengguna tetapi tiada laporan mengenainya. Oleh itu, saya tidak dapat untuk menjawab persoalan anda mengenai fungsi atau kesan sampingan makanan tambahan ini.

Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
AdobeStock_98323105

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)