
nadia.oemar82
3 tahun
Kebarangkalian dijangkiti Covid-19 kali ke 2
Ayah saya (umur 70)dijangkiti Covid-19 (stage 4)ketika berada di hospital pada bulan April lalu dan telah sembuh. Namun disebabkan masalah kesihatan lain, dia diwadkan semula 2 minggu lalu & diberitahu malam tadi yang dia kontak rapat kepada pesakit positif covid sebilik dengannya. Namun begitu, hospital menyarankan ayah supaya pulang & kuarantin di rumah. Kami agak bimbang untuk membawa dia pulang kerana bimbang risiko jangkitan Covid-19. Bolehkah ayah saya dijangkiti covid-19 kali ke 2?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai kemungkinan untuk ayah anda dijangkiti virus COVID-19 semula. Kami akan membantu anda dalam masalah ini.
Untuk pengetahuan anda, mereka yang telah sembuh dari jangkitan virus (atau khususnya COVID-19) secara automatik telah mempunyai kekebalan terhadap strain virus COVID-19 tersebut. Maka dengan itu, anda (secara teori) telahpun bebas dari jangkitan dan tidak lagi dapat menjangkiti orang lain. Sila hubungi doktor anda untuk mendapatkan kepastian.
Walau bagaimanapun, berdasarkan informasi terkini, sememangnya terdapat beberapa kes dimana berlakunya fenomena reinfeksi atau jangkitan semula COVID-19 pada bekas pesakit yang telah sembuh. Walaupun mekanisme tentang reinfeksi itu tidak terlalu jelas, kemungkinan besar ia disebabkan oleh penularan dari orang lain yang terkontaminasi dengan virus COVID-19 atau kontak rapat kepada pesakit positif yang lain.
Untuk pengetahuan anda, pihak CDC mencadangkan untuk bekas pesakit COVID-19 untuk mengambil vaksin selepas 90 hari ketika sakit. Namun ia juga bergantung pada cara rawatan yang dilakukan kepada anda. Justeru anda amat disarankan untuk berhubung dengan doktor kami bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini .
Selain itu anda juga dinasihatkan untuk dapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar mengenai masalah ini. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, teruskan rutin kerap melakukan kebersihan tangan dengan baik, amalkan penjarakan sosial/fizikal, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP pandemik yang lain.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor .
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini