Sulit
4 tahun
Kebarangkalian dijangkiti covid 19
Selepas sihat dari covid,
masihkah kita boleh diserang kembali dengan virus dalam tempoh 3 bulan itu
sekiranya kita diserang kembali dengan virus tu, bagaimana kita mengetahui bahawa kita positive sedangkn dalam tempoh 3 bulan tu walaupun kita swab, kita akan masih positive.
walaupun kita telah fully vaccinated dan ada natural antibodies, adakah kita masih boleh dijangkiti virus ini.?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda mempunyai 3 soalan mengenai jangkitan covid-19. Saya akan cuba menjawabnya dengan baik.
- masihkah kita boleh diserang kembali dengan virus dalam tempoh 3 bulan itu
- Ya, walaupun anda sudah pulih daripada jangkitan covid-19, anda masih boleh dijangkiti sekiranya terdedah kepada koronavirus dalam tempoh 3 bulan itu.
- sekiranya kita diserang kembali dengan virus tu, bagaimana kita mengetahui bahawa kita positive sedangkn dalam tempoh 3 bulan tu walaupun kita swab, kita akan masih positive.
- Keputusan swab test akan positive sehingga anda bebas dari jangkitan tersebut selepas mendapatkan rawatan yang disarankan.
- walaupun kita telah fully vaccinated dan ada natural antibodies, adakah kita masih boleh dijangkiti virus ini.?
- Ya, anda masih boleh dijangkiti covid-19 namun, simptom atau gejala yang mungkin anda hadapi adalah ringan berbanding mereka yang tidak mengambil vaksin kerana badan anda mempunyai antibodi yang boleh melawan virus tersebut.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
































