
fathiyah.zakaria92
5 tahun
Kebarangkalian untuk dijangkiti setelah mengambil langkah penjagaan
Sekiranya individu tersebut telah mengambil langkah-langkah yang di sarankan oleh kementerian kesihatan seperti kerap membasuh tangan, memakai mask, meminum air panas, memakai sarung tangan sekiranya perlu, elak memegang tombol dan sebagainya. Apakah ada masih kebarangkalian untuk individu tersebut dijangkiti? Sebagaimana umum tahu bahawa virus tersebut bukanlah merebak melalui udara.

5 tahun
Salam sejahtera
Saya memahami kerisauan anda berkenaan dengan kebarangkalian seseorang itu dijangkiti walaupun telah mengambil langkah penjagaan.
Setiap perkara pasti ada risiko tersendiri dan hal ini termasuklah dengan jangkitan COVID-19. Langkah penjagaan yang dicadangkan adalah untuk mengurangkan risiko jangkitan namun perkara ini bukanlah bentuk cegahan seratus peratus.
Namun begitu, kami percaya jika anda melakukan langkah pencegahan yang telah digariskan. Anda dapat meminimakan kebarangkalian jangkitan. Suka untuk saya tekankan berkenaan dengan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini