
Sulit
3 tahun
Kebas dan kejang diseluruh badan
Saya seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun. Saya pernah mengalami penyakit bell palsy pada tahun 2019 ketika saya berumur 18 tahun. Saya ingin bertanya, ketika saya berlari atau berjogging muka saya terasa kejang dan kebas. Kemudian ia akan terasa pada seluruh badan. Justeru, apabila kadang-kadang kaki kebas dan semut-semut akan terasa kejang seperti urat tertarik diseluruh badan. Kenapa ianya berlaku ya? Harap dapat pertolongan dari doktor. Dan apabila perlu dapatkan rawatan di hospital apakah yang perlu saya katakan? Terima kasih.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini perlu diperiksa dengan lebih mendalam oleh doktor pakar neurologi. Secara amnya masalah yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Masalah saraf
- Kencing manis ( diabetic neuropathy )
- Masalah sendi ataupun tulang belakang
- Slipped disc atau prolapsed intervertebral disc
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda dan ia juga boleh disebabkan oleh penyakit lain yang tidak kami sebutkan di atas. Saranan kami adalah anda perlu berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Kami tidak dapat memberikan kata putus mengenai apakah yang perlu anda buat memandangkan anda mempunyai banyak masalah kesihatan, banyak maklumat lanjut diperlukan dan memerlukan khidmat nasihat doktor yang merawat anda.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah saraf anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.