ainanoah1
3 tahun
Kebas, denyutan di tapak tangan
Saya berumur 22 tahun, bekerja selama sebulan di butik. Mengangkat barang2 berat itu menjadi kebiasaan selama sebulan bekerja. Tetapi hari ini di sekitar wrist saya berdenyut sakit sekali sekala dan tapak tangan berasa lemah dan kebas.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah tangan kebas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Diabetes
- Carpal Tunnel Syndrome (himpitan saraf di pergelangan tangan)
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.