Sulit
3 tahun
Kebas di bahagian kemaluan, punggung dan kaki
Saya wanita berusia 23 tahun, sejak seminggu lepas saya berasa kebas di bahagian keluar air kencing dan punggung dan kadangkala rasa kebas di kaki, rasa kebas tu kadang sampai saya tak perasan yg saya dah kencing, harap dr boleh jawab soalan saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kebas kaki.
Untuk makluman anda, kebas pada bahagian bawah termasuk kaki dan punggung boleh disebabkan banyak perkara daripada yang kurang serius kepada yang sangat serius. Namun setiap penyakit yang menyebabkan kebas kaki perlu di diagnos dengan lebih terperinci di klinik melalui persoalan lanjut dan pemeriksaan fizikal. Berikut merupakan antara sebabnya:
- Duduk yang lama boleh menyebabkan saraf terperangkap dan aliran darah kurang ke kaki, sekaligus menyebabkan kebas.
- Peripheral Artery Disease : terdapat plak yang tersumbat di dalam saluran darah di kaki menyebabkan saluran darah tidak lancar
- Diabetic Neuropathy : kerosakan saraf disebabkan oleh penyakit kencing manis
- Masalah saraf tulang belakang
Sekiranya ibu anda mengalami gejala lain seperti di bawah, sila berjumpa dengan doktor segera:
- Kebas yang berpanjangan
- Loya dan muntah
- Sakit kaki
- Hilang/gugur bulu di bahagian kaki
- Kekejangan
- Badan tidak boleh seimbang
- Penat dan lesu
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah kebas.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.