
anish99888.waa
4 tahun
Kebas di hujung jari kaki kanan dan belakang sebelah kanan
Saya wanita 20-an yang kerap berasa kebas di area blkg sebelah kanan(bawah bahu hingga sebelum rusuk) dan di hujung ibu jari kaki kanan. Keadaan makin kerap berlaku bila saya melakukan kerja² berat (saya bekerja di area kitchen hotel) adakah ia normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah saraf akibat struktur tulang belakang yang abnormal
- kencing manis
- elektrolit dalam badan yang tidak seimbang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.