atinshi
6 tahun
Kebas di kepala dan kening sebelah kanan
Hi dr. Saya wanita berusia 27 tahun. Saya mengalami kebas dan rasa sakit di sebelah kiri kepala bermula daripada kening. Sakit dan kebas semakin bertambah apabila saya mengangkat kening.terima kasih dr.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Migrain - faktor pencetus seperti coklat, keju dan kafein
- Kayap
- Masalah saraf seperti “trigeminal neuralgia”
- Masalah dalaman kepala seperti pendarahan dalaman - jika ada mempunyai sejarah kepala terhantuk baru-baru ini, atau masalah pembekuan darah
- Jangkitan dalam kepala
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































